Tuesday 18 January 2022

ITUKAN PEREMPUAN?

 Karya ini aku karang waktu aku sedang meletakkan diri dalam dunia kebanyakkan perempuan. Ternyata air mata gugur ya membayangkan sedang berada dalam situasi ingin menjadi perempuan selayaknya namun harus menjadi kuat agar tidak dihambur lemah. Walaupun hakikatnya ciptaan perempuan itu lemah di sesetengah hal. Namun dipaksa menjadi kuat juga adalah hal perjuangan yang harus dinotakan dalam setiap diari perempuan. 

Ini, sekadar kata hati aku untuk namanya perempuan. 



Itukan Perempuan?


Kasihan dia..

Waktu kecil diajar menjadi keras oleh ayahnya.

Kasih sayang dari keluarga laki juga tidak ditunjuk mesra.

Tidak ada sebenarnya sayang mesra yang sungguh dirasa selain menjadi keras.


Harus mencari perhatian diluar agar dunia tahu dirinya keras.


Kini dewasa, diajar pula menjadi keras dari sang idaman.


Perempuan.

Sekeras apapun, jauh sekecil naluri masih mau dimanja, masih mau dibelai seperti anak kecil, masih mau diusap pujuk, masih mau dipeluk merasa perlindungan. 


Tidak semua harus ditunjuk secara keras tapi dia... Yang diajar hanyalah menjadi keras. 


Kelamaan yang lembut di dalam menjadi batu.

Punya rasa sayang tapi kaku.

Punya rasa sayang tapi beku. 

Punya rasa sayang tapi dingin. 


Tidak ada salah dari siapapun. Cuma dia ingin menjadi sebenar perempuan. Atau lebih tepat, ingin merasa menjadi perempuan yang selayaknya. 


Akhirnya dia tahu, dia hanya seorang perempuan untuk dirinya tapi bukan dikehidupan orang lain. 


-AinaMohamad- 

3am/19 Jan 22





Tetaplah ya menjadi keras. Kerana di suasana kini, tidak ramai yang mahu berdamping perempuan lemah. Aku juga sedang bicara tentang keraskan mental kalian, perempuan. Biarlah kalian menjadi perempuan untuk sendiri sahaja.

Bagi perempuan yang sedang dapat menjadi selayaknya perempuan, terlalu beruntung. Kerana hkalian keras di 2 posisi. Keras kerana telah dijadikan perempuan selayaknya oleh orang lain, dan kalian keras menjadi diri sendiri. 

Thursday 29 October 2020

AKU CUMA ADA AKU

 Assalamualaikum. Lama rasanya tak menaip. Macam biasa, bila terasa nak mengarang, blog ni jugak yang aku cari. Mana lagi kan. Zaman sekarang lebih pada menaip dari menulis. Aku masih menulis cuma lebih pada menaip. Taapii, hati tetap cinta untuk berkarang, mengarang, berpuisi, meluah. 


Sedang menaip sekarang, aku ada di dalam bilik. Sendiri. Buka tingkap bilik, menjemput udara luar masuk. Udara segar barangkali, sekurangnya menambah sedikit segar diriku yang kelesuan. 


Bunyi kenderaan cukup bising. Sebabtu aku jarang bukak tingkap. Aku akan bukak waktu malam sahaja sebab alasannya satu, aku tak berapa gemar cahaya siang dan dua, bunyi kenderaan yang terlalu bising.

Terlalu selesa dengan kesenyapan bilik sendiri agaknya hingga keadaan diluar semakin lama akhirnya menjadi bukan kebiasaan aku. 


Terlalu lama aku tinggalkan kehidupan yang melepak ke sana sini. Wayang atau pegi mana mana event. Jaaarang. Kalau kata tempat kerja ada buat event pun aku tak join. Samada aku mengelak atau waktu yang tak mengizinkan. Akhirnya aku sering terlepas acara kehidupan yang mungkin menyeronokkan dan dapat merangsang pemikiran untuk orang yang murung macam aku. 


Jadinya sekarang ni, aku jadi tertanya tanya. Macamana agaknya kehidupan mereka yang sering setiap hari setiap saat berhubung dengan dunia luar. Berjumpa dengan orang setiap hari, melepak dengan kawan kawan setiap hari, main game dengan kawan kawan setiap hari, makan luar dengan kenalan, bergelak ketawa. Yelah, sekurangnya hilang sekejap masalah dalam fikiran. Sebab ada rangsangan positif. 


Aku? Segala stress aku, segala murung aku, aku simpan dalam rumah. Kat rumah pulak bukan ada siapa siapa. Aku sorang. Housemate pun balik kerja selalunya tidur. Yela penat kerja kan. Esok pi kerja macam biasa. Jumpa kawan kawan balik. Aku pulak, kerja pun dari rumah, buat kerja rumah. Aku tak borak dengan sapa sapa. Aku bukan tak nak meluah tapi tak ada siapa yang nak tadah telinga dengar aku. Penghujungnya, aku pendam balik apa yang aku nak kongsi, apa yang nak aku luah. 


Kadang, aku terfikir dan aku jadi tak percaya tentang adanya hubungan. Ini terjadi dalam dunia dan hidup aku lah. Mungkin tak berlaku pada dunia orang lain sebab orang lain ada kehidupannya. Tapi bukan aku. Kehidupan aku cuma aku. Aku surrounded dengan diri aku sahaja. Bila aku negative, semua terpulang pada aku untuk jadikan diri aku lebih negative atau aku pujuk diri aku supaya jadi positive. Jadi aku terasa aku cuma ada diri aku. 


Aku tak salahkan sapa sapa dan sapa sapa jangan salahkan aku bila aku dah memang begini. Aku bukan yang dulu. Tahu bersosial. Segala galanya kekok bagi aku di dunia luar. Dan didunia aku pula, cuma ada aku sorang. Tak ada sesiapa yang memahami aku. Tak ada sesiapa yang boleh duduk dengar diam dan memahami aku. Tak ada. Aku cuba untuk adakan tapi memang tak ada. 


Murungkan hidup aku. Tapi takpa. Aku tahu aku kuat. Kalau aku tak kuat, aku takkan dapat bertahan sampai harini kan. Harapnya sampai esok lusa tulat dan hingga Allah sendiri yang ambil nyawa aku. 


Entahlah. Aku manusia. Kadang aku lemah sangat sangat. Mungkin mental aku tak sekuat mental orang lain tapi aku cuba. Memang aku cuba. Walaupun aku selalu berharap akan ada manusia yang faham aku, yang nak dengar aku tapi hakikatnya takada, aku cuba lagi bertahan untuk diri aku. Penghujungnya aku cuma aku. Aku yang rasanya sentiasa begini dan penghujungnya nanti takkan ada siapa dapat mengubah rasa aku yang begini. Sebab dah terlalu lamaa rasanya dibiar begini. 


Kalaupun ada yang cuba, tapi mungkin waktu tu dah terlambat. Aku macam robot. Yang bisa melakukan apa aja, tapi rasanya mati begitu saja. 




Okay lah. Sampai sini jela aku meluah. Aku pun taktahu ada orang baca ke tidak blog ni. Sekadar yang membaca jela kan. Sebab aku tahu blog aku ni terpencil sebab tu aku selesa jugak meluah kat sini. Dari zaman sekolah kot meluah sini. Soo selesa sebab tak ramai baca. Mungkin tak ada yang baca. Soo am okay with it. I love my blog ♥️





Wednesday 13 May 2020

TERPERANGKAP DALAM KENANGAN

Assalamualaikum.

Terasa nak menulis. Tapi zaman sekarang dah kurangs angat orang nak menulis guna pen dan kertas. Mostly menaip je sekarang ni. Aku pun kadang kadang menulis jugak, cuma tak sekerap mana. Mana mana idea yang rasa nak tertumpah waktu ju juga aku tulis dalam kertas. AKu tak tahu berapa banyak kertas yang aku dah tulis macam macam idea, ada yang hilang, ada yang masih ada, ada yang aku bagi orang. Tapi yang pasti aku akan tinggalkan dalam blog ni supaya kekal dan kalau terasa nak tengok atau baca, aku akan tengokdalamblog ni. Blog ini simpan semua kenangan. Banyak kenangan yang aku luahkan dalam perkataan.

KENANGAN.

Mungkin aku saja, mungkin jugak ada manusia yang lain sampai sekarang masih terperangkap dalam kenangan yang lepas lepas, Kenangan manis terutamanya. Kenangan dengan siapa pun. Keluarga, kawan kawan, kekasih, adik  beradik, suami, isteri, anak anak. Macam aku pernah cakap sebelumni, selipar buruk punorang boleh simpan sebagai tanda kenangan. Tu kalau aku lah.



Dah nama pun kenangan. Mana mungkin kita akan merasainya lagi pada masa akan datang. Tapi aku, sampai sekarang masih terperangkap dengan kenangan kenangan yang membahagiakan aku sebelum ni sampaikan aku terbawak bawak dalam mimpi. Kenangan zaman sekolah, waktu aku dengan kawan kawan rapat dulu pun bleh masuk dalam mimpi, Bukan sekali dua lah masuk dalam mimpi.


kenangan waktu aku kecik kecik dulu dengan adik beradik, dengan keluarga, Waktu aku masih anak anak yang seronok balik sekolah ibu dah sediakan makanan. Waktu dulu duduk bersila je, tak ada meja makan lagi. Makan kat dapur, duduk bersila. Kadang ibu suap. Lepastu siap siap nak ke sekolah petang. Kadang, tak balik rumah terus lepas sekolah pagi, ayah akan hantar makanan untuk tengahari and makan kat sekolah pagi lepastu terus ke sekolah petang.

Kenangan berebut nak mandi pagi pergi sekolah dengan adik beradik. Tapi aku dulu bukan berebut nak mandi dulu, tapi berebut nak mandi paling last huhu. Sebab malas nak bangun awal and mandi pagi pagi kan. Biasanya aku lah yang paling last siap. Haih kenangan.



Kenangan kenangan manis macamni lah yang buat aku rasa terperangkap. Aku termenung fikirkan kenangan keangan lepas yang membahagiakan aku, tak ada masalah, tak murung macam sekarang. Terkadang sebelum tidur tu lah melayan perasaan terkenang kenangan dulu.

Kenangan yang kekasih mestinya waktu mula mula kenal dulu. Semua membahagiakan. Memang manis semata. Tapi nama pun bukan hubungan yang halal, macam macam la jadi. Tak bahagia semata. Rindu waktu nampak semut pun jadi bahan bualan. Gelak macam apa, rasa tak hirau orang keliling. Lagi pulak hubungan yang dah bertahun. Bila semua yang manis dah takada, tinggal yang pahit pahit. Waktu nilah termenung fikir, nak patah balik pada masa yang lalu, Waktu bahagia.


Waktu kecik tak sabar nak jadi besar, sekarang bila dah besar, nak sangat sangat ulang waktu kecik semula. Zaman sekolah. Zaman nakal panjat pagar sekolah, ponteng sekolah. Bahagia sangat. Sebab bukan buat jahat waktu tu, cuma jadi nakal. Menikmati zaman zaman nakal.

Tapi semua tu takkan berulang lagi kan? Yang manis pastinya semua tinggal kenangan. Cuma hanya cukup sekali kita merasakannya. Takkan terulang. Semuanya tinggal kenangan. Kita yang disini cuma terperangkap dalam kenangan. Hanya mampu mengingat, tidak mampu mengulangnya. Tidak akan sama.

Aku masih lagi terperangkap dengan kenangan lalu. Bila teringat, aku berada dalam jiwa yang murung, sedih dan membahagiakan. Bahagia bila fikir kenangan tu berlaku dalam hidup aku, murung dan sedih bila fikir kennagan yang tak boleh ubah semula.Yang manis kekal manis, yang pahit juga kekal pahit, Takkan berubah.

Yang mana hilang, tetap hilang. Cuma hidup dalam kenangan. Yang masih ada, cuba dipertahankan. tetap masih mahu mencipta kenangan baru meski tidak sama dengan yang lepas.

Yang manis aku takkan dapat mengulanginya, tapi yang pahit juga aku tidak dapat mengubahnya.

Aku mintak maaf pada manusia jika aku lah punca kenangan pahit buat kalian. Sesungguhnya, hingga ke mati aku menyesali tiap kenangan pahit yang aku cipta buat kalian. Aku manusia biasa takkan lepas dari dosa dan silap. Kalau bisa aku patah semula waktu yang tersisa, pasti aku ingin merubah tiap kenangan pahit yang telah aku cipta buat kalian. 

Friday 17 April 2020

TIDAK PASTI

6:56 am - 18 April 2020

Sebagai manusia biasa yang penuh dengan dosa, pernah sesekali kita mempersoalkan pada Tuhan kenapa dugaan diberi terlalu berat untuk kita tanggung.



Aku juga tak pernah terlepas apabila mempersoalkan dugaan yang Tuhan beri pada aku. Kenapa aku terlalu sukar untuk bahagia. Kenapa sampai aku perlu ada perasaan ragu ragu untuk teruskan kehidupan.

Ada orang yang pernah cakap dengan aku, apabila seseorang bicara pasal SUICIDE, or nak MATI orang tu PYSCHOPATH.

Aku faham, mungkin dia tak tak pernah merasakan bagaimana rasanya terpinggir dari masyarakat luar atau dipinggir oleh orang sekeliling kita. Mungkin juga dia tak permah rasa dibuang macam sampah oleh orang lain yang dia anggap penting dalam hidup dia. Jadinya dia boleh samakan orang yang bicara pasal suicide tu adalah psychopath :)



Kalau nak tahu, psychopath tu boleh buat hal yang teruk daripada bunuh diri. Dia akan buat apa saja untuk kepuasan diri. Dia boleh menghantui hidup seseorang, memusnahkan hidup orang dengan macam macam cara. Selagi tak berjaya, selagi tu dia tak stop. Bukan dia bunuh diri dia, tapi sampai satu tahap dia bunuh orang lain dulu. Sama ke orang yang bicara untuk suicide dengan orang yang pschopath? Jauh sangat pada aku. Cuma yang sama adalah mereka mungkin ada masalah dalaman. Mental nya, hati nya.


Tapi orang yang ada masalah depression selalu orang kaitkan dengan penyakit gila dan orang takut untuk dekat, untuk stay sedangkan orang orang yang ada depression ni sangat sangat memerlukan sokongan dari segi mental daripada orang sekeliling, keluarga. Daripada orang orang yang bermakna dalam kehidupan mereka. Tapi, siapa yang akan perasan akan hal hal macamni kan. Orang akan anggap mengada, kurang agama, nak perhatian, psycho, over dan macam macam lagi.



Percayalah, masa kau hidup cuma 2/10 je perasan akan kewujudan kau di dunia. Tapi bila kau mati, tiba tiba 11/10 yang perasan, ye perasan tapi perasan selepas kematian kau. Dunia ni memang tidak adil kan. Tapi itulah yang kita kena lalu sekarang ni. Ini memang adalah putaran dunia.



Macamana rasanya nak pupuk tiap tiap hari supaya ada semangat untuk hadap kehidupan ni. Lagi lagi bila kau bangun tidur, kau rasa kosong. Kau rasa kau tak perlu buat apa apa pun untuk diri kau kerana hakikatnya kau dah tak berguna untuk apa apa hal. Kau gigih fikir dan cuba untuk habiskan satu hari yang ada tu dengan buat apa apa hal supaya kau rasa diri kau berguna sikit. Seksa rasanya nak habiskan satu hari tu dan menanti hari yang lain.




Nak nak bila orang yang kau percaya yang kau harapkan dan yang jadi semangat kaulah yang buat kau rasa tak berguna. Ah, bila perasaan ni semua nak hilang. Aku cuma nak HAPPY! Supaya aku boleh hadap apa apa dugaan dalam hidup dengan kuat. Supaya aku boleh hadap manusia manusia yang buat aku rasa tak berguna ni dengan selamba.


Am just tired. Aku cuma takut pengakhiran aku macamana. Am so terrified because i know i can't fight forever. Aku cuma hilang manusia yang boleh buat aku rasa aku ni berguna dan am worth it dan harapan aku dah mati untuk ada manusia yang macamtu. Kan?




Tidak pasti apa yang Tuhan mahukan.
Dugaan perlunya apa?
Bahagia perlunya apa?

Pujuklah kaki untuk tetap menghadap,
Tiap satu cebisan ujian yang sementara untuk diratap..
-A.M-







Thursday 16 April 2020

TAKUT

Assalamualaikum.

Hari keberapa ntah PKP. Sesak rasa jiwa dan otak.

Satu hari aku tak bercakap dan tak keluarkan suara. Hari hari lain boleh dikira berapa patah perkataan yang aku keluarkan. Kadang ada hari aku paksa untuk jadi hyper. Aku menjerit aku bercakap. Biar aku penat dan aku boleh tidur. Sunyi hidup seorang Aina. Tapi tak apa. Aku terima. Ni menaip sekadar untuk legakan sikit apa yang ada dalam kepala otak aku ni. Ye, memang rasa berat nak tanggung sorang bila bila aku tak ada tempat untuk aku luah kongsi cerita. Selama aku hidup, aku boleh dikatakan lebih menjadi seorang pendengar daripada meluah. Kalau ada manusia datang dekat aku and share masalah, sedaya upaya aku akan stay untuk dengar sebab aku tahu macamana rasa sakitnya bila kita lebih memendam tak ada yang nak dengar atau tempat untuk meluah. Walaupun aku bukan lah manusia yang mampu untuk menyelesaikan masalah orang lain, tapi aku cuba untuk ada waktu orang memerlukan. Walaupun jugak aku ni cuma sekadar ada tak ada je untuk manusia lain. Just do the best yang aku boleh.


Aku jauhkan diri aku dengan media sosial buat masa sekarang ni. Makin bertambah sakit otak aku bila bukak media sosial waktu aku tengah macam sekarang. Aku tak heran sangat sebab aku bukan orang penting dalam hidup manusia lain kecuali family aku lah. So as long as aku bagi khabar kat family aku, then okay lah.


There's a war inside my head
Sometimes i wish that i was dead
I'm broken
I can't be fixed, i just take this...

I'm tired of trying to be normal
I'm always over thinking
I'm driving myself crazy
So what if i'm crazy?



Memang sekarang aku tengah rasa tak tenang. Lepas satu, ada je masalah lain yang datang. And masalah tu terperuk dalam otak aku bila aku tak jumpa penyelesaian. Entah, kadang aku memang sengaja biar masalah tu stuck forever sebab aku dah tak larat nak hadap. Bangun tidur, masuk tidur, makan, tengok tv, masuk bilik... Im just a useless. Tapi tulah, aku duduk diam kat rumah pun aku tak keluar jumpa orang tapi orang tetap hantar masalah dalam hidup aku. Memang sengaja tak nak bagi hidup aku tenang. Maybe kalau aku gila baru orang puas hati kot.


Ikutkan hati aku memang dah penat dengan game dunia ni. Tak larat nak hadap. Tapi entah lah, mungkin sebab aku masih ada mak bapak yang buat aku masih cuba untuk bertahan. Kalau tak ada mak bapak, aku tak tahu apa akan jadi kat aku.



Dalam kepala aku hari hari bising tiap saat bising. Susah aku nak bertenang. Aku nak luahkan kat siapa? Aku tak ada kawan kawan, tak ada orang rapat yang nak duduk diam depan aku and cuba faham apa aku rasa. Ah tak apalah. Aku tak mintak lagi dah ada orang untuk ada dengan aku. Aku dah fedup dengan manusia yang datang dan pergi.


Pernah terfikir tak, takut apa yang akan jadi pada diri sendiri? Takut apa pengakhiran hidup ni. Bagaimana pengakhiran hidup sendiri. Aku selalu fikir benda ni. Aku takut dengan diri aku sendiri. Aku takut dengan apa yang aku fikir tiap tiap hari. Aku takut sampai tahap mana yang aku boleh buat bila aku dah give up. Aku takut kalau aku sendiri yang menetapkan bagaimana pengakhiran hidup aku nanti. Aku rasa nak minta maaf siap siap dengan keluarga aku kalau satu hari nanti aku buat tindakan yang bodoh dan tak fikir panjang. Nauzubillah. Tiap kali aku doa aku mati dalam keadaan khusnul khotimah dan dijauhkan mati dalam keadaan suul khotimah. Tapi itu lah antara hal yang selalu ada dalam pale otak aku.


Kadang bila masalah datang, aku tak larat betul nak hadap. Rela aku tidur satu hari suntuk daripada aku celik mata nak fikir masalah tu. Selagi aku boleh get away dari masalah tu, aku akan lari. Mungkin ni sebab lepas sorang sorang manusia blah dari hidup aku.



Entahlah. Hidup ni rasa kosong. Kosong sampaikan aku memang nak menyendiri. Tambahan rasa kecewa aku dengan manusia manusia yang pernah buat hidup aku miserable. Korang punya life lagi better dari aku. Tahniah. Aku doakan orang orang yang aku sayang sentiasa hidup bahagia dan dilindungj Allah. Aku tak nak terlalu berdendam cuma aku masih simpan apa yang tersisa. Aku penat and taknak rasa marah tapi perasaan tu tetap ada. Cuma aku simpan aku tak luah kat sapa sapa marah tu. Walaupun orang buat aku macam sial, aku simpan marah tu. Mungkin aku terlalu bodoh jadi manusia yang sangat bodoh dan senang dipergunakan orang lain, yang senang dipijak, diperbodohkan orang lain!


Sunday 12 April 2020

PUSHING ME AWAY

PUSHING ME AWAY

Why i never walked away
Why i played myself this way
Now i see your testing, pushes me away..

I've tried like you
To do everything you wanted too
This is the last time
I'll take the blame for the sake of being with you..

Everything falls apart
Even the people who never frown eventually break down.





POINTS OF AUTHORITY

You love the way i look at you
While taking pleasure in the awful things you put me through
You take away if i give in
My life, my pride is broken.

You like to think you're never wrong
You live what you've learned
You have to act like you're someone
You want someone to hurt like you
You want to share what you've been through

You love the things i say i'll do
The way i'll hurt myself again just to get back at you



ONE STEP CLOSER

All these words they make no sense
I find bliss in ignorance
Less i hear the less you'll say
But you'll find that out anyway
Just like before..

Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And i'm about to break
I need a little room to breathe..

I find the answers aren't so clear
Wish i could find a way to disappear
All these thoughts they make no sense
Nothing seems to go away
Over and over again..



RUN AWAY

A constant wave of tension
On top of broken trust
The lesson you taught me 
I learned were never true..

Now i find myself in question
You point the finger at me again
Guilty by association
You point the finger at me again..

I wanna run away
Never say goodbye
I wanna know the truth
Instead of wondering why
I wanna know the answers
No more lies
I wanna shut the door
And open up my mind..

Paper bags and angry voices
Under a sky of dust
Another wave of tension
Has more than filled up
All my talk of taking action
These words were never true..



TALKING TO MYSELF

Tell me what i've gotta do
There's no getting through to you
The lights are on but nobody's home
You say i can't understand
But you're not giving me a chance
When you leave me, where do you go?

All the walls that you keep building
All this time that i spent chasing
All the ways that i keep losing you..

The truth is, you turn into someone else
You keep running like the sky is falling
I can whisper, i can yell
But i know, i know
I'm just talking to myself..

I admit i made mistakes
But yours might cost you everything
Can't you hear me calling you home?



WITH YOU

Woke up in a dream today
And put my cold feet on the floor
Forgot all about yesterdat
Remembering i'm pretending to be where i'm not anymore..

A little taste of hypocrisy
And i'm left in the wake of the mistakes, slow to react
Even though you're so close to me
You're still distant, and i can't bring you back..

It's true
The way i feel
Was promise by your face
The sound of your voice
Painted on my memories
Even if you're not with me..
I'm with you..

You now i see
Keeping everything inside with you
You now i see
Even when i close my eyes..

I hit you and you hit me back
We fall to the floor, the rest of the day stands still
Fine line between this and that
When things go wrong i pretend that the past isn't real
Now i'm trapped in this memory..





















Friday 10 April 2020

PENAT MENUNGGU

Assalamualaikum. Coretan yang entah keberapa kali aku lepaskan disini untuk sekadar berkongsi ...seorang manusia yang tiada sebarang keistimewaan atau apa apa yang boleh dibanggakan. Cuma aku.

Jam sekarang menunjukkan pukul 7:53 pagi bertarikh 10/4/2020. Dan untuk keberapa belas hari puluh harinya, jam segini aku masih belum tidur. Bukan sengaja aku tak nak tidur tapi aku memang tak boleh tidur. Bukan aku tak cuba tapi aku cuba. Mengantuk macamana pun mata aku, lelap aku takkan lama. Bila aku cuba lelap, sejam dua jam mata aku tercelik semula. Tercelik semula dalam keadaan jantung aku yang berdegup sangat laju sampai aku tak boleh control. Setiap kali hal tu berlaku, kadang aku rasa marah kenapalah boleh jadi macamtu. Kadang aku cuba untuk pejam mata aku semula tapi memang tak dapat. Mata aku akan jadi secelik celiknya segar macam dah tidur berjam jam. Benda ni berlaku dah bertahun sudah. Boleh dikatakan setiap kali aku bangun tidur, jantung aku akan berdegup laju.


Baru 2 hari lepas, aku dalam keadaan yang tak stabil. Aku tak tahu nak cakap anxiety attack ke apa. Mental aku down sangat sangat. Tiba tiba aku tak boleh nafas, nafas jadi pendek, dada aku degup sangat laju. Lepas tu air mata aku mengalir. Bukan aku nak menangis sangat tapi air mata aku keep laju mengalir and waktu tu aku lebih pada nak control bunyi pernafasan aku yang tercungap cungap tu untuk nak elak dari housemate aku dengar. Malu kalau dia tengok keadaan aku macamtu. Macam orang kena sawan! Dan aku tak nak dia risaukan aku ke apa. Tak lama kendian tu aku terus menangis menangis bercampur dengan dada yang sakit dan nafas tersangkut sangkut.


Ini lah sebab utama kenapa aku suka memendam daripada asyik nak menangis. Aku takut aku jadi macamni. Aku tak dapat control diri aku sendiri tambahan pula aku memang duduk sendiri. Bukan aku duduk dikelilingi dengan kawan kawan yang ramai. Aku pun tak suka diri aku sendiri bila aku punya anxiety tu datang. Aku akan cakap yang bukan bukan. Aku sedar tapi aku tak dapat control. Demi Allah aku benci diri aku sendiri kalau aku jadi macamtu. Demi Allah jugak aku tahan diri aku supaya tak jadi macamtu.

Lepas satu, satu masalah yang datang. Aku dah control dah supaya aku dapat berfikir dengan waras. Tapi hari kelmarin memang menguji aku punya kesabaran dan ketabahan diri aku. Tu pun aku masih tahan waktu siang, aku taknak menangis aku taknak rasa apa apa. Tapi malam tu aku betul betul mental breakdown. Aku low sangat sangat. Aku menangis NON STOP almost 2 hour yang aku sendiri tak sedar. Dengan sakitnya dada aku. Bila dah jadi macamtu baru aku rasa letih sangat sangat. Kepala aku sakit sangat sangat. Mungkin sebab aku betul sorang sorang. Tak ada orang kat sebelah untuk tenangkan aku and ubat anti depress yang doc bagi tu pun aku tak telan. Jadinya aku memang jadi sangat sangat low. Eh entah tak terkira la berapa kali aku mental breakdown macam gini. Kadang duduk depan TV tengah tengok tv pun tiba tiba mental breakdown nafas tercungap cungap.



Aku sendiri cari punca macamana aku boleh jadi seteruk macamni. Aku jadi menyesal pulak sebab aku tak makan ubat anti depress yang doc psikatri dah bagi tu. Berlagak sangat aku rasa aku akan okay sendiri boleh handle tapi apa yang berlaku jadi effect pada hidup aku seharian. Tambahan pulak sekarang memang PKP sempena covid.



Memang aku sentiasa berkurung dalam rumah. Kalau bukan PKP pun aku memang terperuk dalam rumah. Balik kerja pi kerja. Jarang keluar melepak saja saja ke wayang ke karoke ke. Bila PKP ni aku memang total alone. Housemate kerja, habis kerja dia penat tidur masuk bilik. Memang tak ada borak berjela jela ke apa. Aku pulak memang tak ada kawan ramai untuk aku chat ke ws ke bertelefon ke.. Tak ada orang untuk aku call untuk dengar masalah aku atau tak ada orang yang akan call aku tanya aku macamana ke or borak borak dengan aku sebab aku memang selalu borak dengan dinding. Jadi seharian aku sempena PKP memang aku tak bercakap dengan sapa sapa. Masalah tetap datang tapi dah memang tak ada orang yang akan tadah telinga untuk dengar waima orang yang aku harapkan ada untuk aku bila aku tengah mental breakdown. Dan aku pun memang dah terbiasa pendam.



Sebagai manusia biasa, aku pun perlukan seseorang untuk jadi tempat aku berkongsi segalanya. Bukan waktu happy je, tapi waktu aku bebetul mental breakdown. Waktu betul betul ada manusia sebelah aku dan tengok macamna aku tersiksa lawan dengan diri aku sendiri. Lawan dengan mental aku sendiri dan boleh tenangkan aku. Demi Allah, aku taknak diri aku jadi macamana aku sekarang. Aku lawan, sebab tu aku tak ambik ubat. Aku lawan sendiri. Tapi aku tak boleh bertahan lama.


Bukannya aku tak ada keluarga. Ada. Tapi masing masing dah berkeluarga. Masing masing ada kehidupan sendiri, masalah sendiri. Jadinya tak perlu kot aku nak serabutkan mereka dengan masalah masalah bodoh ni. Lagipun, tak semua hal atau masalah yang kita mampu share dengan keluarga kita.


So, bila lama lama aku tahan aku pendam... Benda tu nak pecah jugak kot sampai masa. Ala lagipun aku memang dah taknak ada circle baru dengan mana mana manusia pun. Nak kenal ke, nak berkawan ke nak melepak berjumpa ke memang dah bukan minat untuk aku yang sekarang. Rela aku memendam sorang daripada kena buka lagi circle untuk manusia manusia baru.



Apa yang pasti aku dah penat tunggu sapa sapa untuk datang bantu aku dari segi emosi dan mental aku. Kadang aku tunggu orang yang aku harapkan, tapi tiap kali aku jadi macamni memang tak ada siapa siapa dengan aku termasuklah orang yang aku harapkan. Lama lama aku penat. Penat nak tunggu ada harapan yang akan ada orang faham aku. Memang takkan ada dan aku dah taknak ada sapa sapa dah yang faham aku sekarang. Biarlah aku sendiri yang handle. Lagipun aku tahu, ada manusia yang cuma perlukan aku waktu aku boleh diguna pakai. Aku cuma PILIHAN TERAKHIR untuk manusia yang lain.


Entahlah.. Aku tak pasti kehidupan aku sampai mana dan bagaimana. Selagi Tuhan izinkan aku bernafas selagi tu aku berjalan. Aku cuma rasa aku masih diawang awangan. Aku dah tak kisah kalau tak ada orang yang tarik aku untuk berpijak di bumi yang nyata. Sebab takkan ada manusia yang faham aku. Dinding bilik aku jadi saksi macamana aku tersiksa tanggung mental aku sorang sorang. Bantal tidur aku jadi saksi berapa banyak air mata aku yang dah diserap. Jadinya harapan aku dah mati untuk berharap ada manusia yang faham aku. Dah MATI.



Post kali ini, memang sengaja aku tak share kan link kat media sosial yang lain macam selalu. Siapa yang baca, bacalah. Siapa yang tak baca biarlah. Tak perlu tahu pun takpa. Memang aku letak disini sebagai kisah hidup aku untuk aku singkap bila bila masa nanti selagi aku masih hidup. Banyak hal yang lagi aku nak kongsi tapi mungkin batasnya sampai sini sahaja. Mungkin di hari lain aku akan kongsi.




I trust this words :