Siapa sangka, Allah masih memanjangkan usia aku hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Bila usia begini, pasti soalan cliche yang selalu aku dapat ialah "Bila nak kahwin?"
Sejujurnya, aku memang tak ada jawapan untuk soalan tu. Sebab? Aku mempunyai banyak sebab. Dan sebab itu bukan alasan. Aku cuma letakkan urusan jodoh pada Allah. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, adalah asbabnya tu. Allah Maha Mengetahui.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mungkin aku tidak sebaik wanita lain makanya aku belum ditemukan dengan mana mana lelaki. Tipulah kalau diusia begini, takda lelaki yang dah mencuri hati aku. Mesti ada. Cuma, aku serahkan bulat bulat jodohku pada Allah. Aku sendiri belum bersedia. Orang cakap, macamana nak tahu bersedia ke tak kalau tak kahwin. Noktahnya, aku memang tak sanggup nak berhadapan ujian selepas berkahwin. Bermacam macam yang bermain difikiran aku.
Aku sendiri ada sejarah MDD, jumpa psikatri. Bukan sorang dua yang cakap aku gila bila aku ada penyakit tu. Jadinya, lebih kepada diri aku yang menghalang untuk melanjutkan satu hubungan ke arah perkahwinan. Kalau ditanya pada orang yang normal, hidup mati balik pun takkan ada yang nak hidup dengan orang yang ada masalah emosi, mental. Menyusahkan orang lain. Kita nak handle emosi mental kita pun susah, apatah lagi orang lain kan? Normal.
Keputusan aku, aku menyerahkan lelaki untuk memilih mana mana wanita yang jauh lagi bagus dari aku dan wanita yang selayaknya. Aku bukan diawang-awangan yang merasakan diri aku adalah wanita pilihan terakhir mana mana lelaki. Aku berpijak di bumi yang nyata. Hak seorang lelaki untuk memilih wanita selayaknya menjadi pendamping hidup. Aku serahkan sebulatnya urusan jodoh aku kepada Allah. Allah Maha Mendengar.
Tipu kalau aku kata, aku tak merasakan apa apa saat lelaki lebih memilih wanita lain. Tapi, biarlah rasa sakit tu tertanam dijasad. Rasa sakit dah lama bergelumang dalam kehidupan aku. Bagaimana cara, aku tetap kena berhadapan. Aku dipenghujung redha. Kalau aku gagal dalam jodoh, bermakna itu bukan gagal yang pertama. Aku pernah gagal dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam persahabatan, gagal dalam perhubungan. Gagal jodoh? Hanya menambah koleksi gagal aku, hehee...
Apa yang aku rasa sekarang, hanyalah luahan aku. Otak aku yang bising. Jari aku yang melontarkan kebisingan tu. Tiada niat untuk menarik perhatian sesiapa. Jika ada yang terbaca, anggaplah ini coretan sampah dari manusia yang berkhayal.
Ini diari aku. Semua yang aku kongsikan, adalah coretan ikhlas namun tidak semua yang aku jujurkan melalui penulisan ketika ini. Takkan aku kongsi seperti ini di status whatsapp, facebook, instagram, twitter kerana akan ada yang menghakimi hal itu bertujuan meminta perhatian. Takkan aku kongsi seperti ini kepada manusia kerana akan ada yang merasa terbeban dengan kehidupan aku.
Satu hal yang dah aku tanam dalam kepala otak aku, aku tidak percaya mana mana manusia untuk aku kongsikan segalanya. Macam aku cakap, bukan sekali dua aku dikata gila dan beban. Malah perkataan itu keluar dari manusia manusia yang pernah aku harapkan menjadi semangat untuk kembali pulih kepada asal dan menolak segala ubat ubatan dan appointment doc pasikatri. Aku tidak mahu menjadi beban sesiapa seumur hidup.
Aku mengharapkan, Allah mengurniakan perasaan bahagia dalam hidup walau apa ujian yang mendatang. Aku sendiri menepis rasa sedih, rasa murung demi mendapatkan kebahagiaan. Semoga Allah bantu walau aku seorang pendosa...
No comments:
Post a Comment