Wednesday 13 May 2020

TERPERANGKAP DALAM KENANGAN

Assalamualaikum.

Terasa nak menulis. Tapi zaman sekarang dah kurangs angat orang nak menulis guna pen dan kertas. Mostly menaip je sekarang ni. Aku pun kadang kadang menulis jugak, cuma tak sekerap mana. Mana mana idea yang rasa nak tertumpah waktu ju juga aku tulis dalam kertas. AKu tak tahu berapa banyak kertas yang aku dah tulis macam macam idea, ada yang hilang, ada yang masih ada, ada yang aku bagi orang. Tapi yang pasti aku akan tinggalkan dalam blog ni supaya kekal dan kalau terasa nak tengok atau baca, aku akan tengokdalamblog ni. Blog ini simpan semua kenangan. Banyak kenangan yang aku luahkan dalam perkataan.

KENANGAN.

Mungkin aku saja, mungkin jugak ada manusia yang lain sampai sekarang masih terperangkap dalam kenangan yang lepas lepas, Kenangan manis terutamanya. Kenangan dengan siapa pun. Keluarga, kawan kawan, kekasih, adik  beradik, suami, isteri, anak anak. Macam aku pernah cakap sebelumni, selipar buruk punorang boleh simpan sebagai tanda kenangan. Tu kalau aku lah.



Dah nama pun kenangan. Mana mungkin kita akan merasainya lagi pada masa akan datang. Tapi aku, sampai sekarang masih terperangkap dengan kenangan kenangan yang membahagiakan aku sebelum ni sampaikan aku terbawak bawak dalam mimpi. Kenangan zaman sekolah, waktu aku dengan kawan kawan rapat dulu pun bleh masuk dalam mimpi, Bukan sekali dua lah masuk dalam mimpi.


kenangan waktu aku kecik kecik dulu dengan adik beradik, dengan keluarga, Waktu aku masih anak anak yang seronok balik sekolah ibu dah sediakan makanan. Waktu dulu duduk bersila je, tak ada meja makan lagi. Makan kat dapur, duduk bersila. Kadang ibu suap. Lepastu siap siap nak ke sekolah petang. Kadang, tak balik rumah terus lepas sekolah pagi, ayah akan hantar makanan untuk tengahari and makan kat sekolah pagi lepastu terus ke sekolah petang.

Kenangan berebut nak mandi pagi pergi sekolah dengan adik beradik. Tapi aku dulu bukan berebut nak mandi dulu, tapi berebut nak mandi paling last huhu. Sebab malas nak bangun awal and mandi pagi pagi kan. Biasanya aku lah yang paling last siap. Haih kenangan.



Kenangan kenangan manis macamni lah yang buat aku rasa terperangkap. Aku termenung fikirkan kenangan keangan lepas yang membahagiakan aku, tak ada masalah, tak murung macam sekarang. Terkadang sebelum tidur tu lah melayan perasaan terkenang kenangan dulu.

Kenangan yang kekasih mestinya waktu mula mula kenal dulu. Semua membahagiakan. Memang manis semata. Tapi nama pun bukan hubungan yang halal, macam macam la jadi. Tak bahagia semata. Rindu waktu nampak semut pun jadi bahan bualan. Gelak macam apa, rasa tak hirau orang keliling. Lagi pulak hubungan yang dah bertahun. Bila semua yang manis dah takada, tinggal yang pahit pahit. Waktu nilah termenung fikir, nak patah balik pada masa yang lalu, Waktu bahagia.


Waktu kecik tak sabar nak jadi besar, sekarang bila dah besar, nak sangat sangat ulang waktu kecik semula. Zaman sekolah. Zaman nakal panjat pagar sekolah, ponteng sekolah. Bahagia sangat. Sebab bukan buat jahat waktu tu, cuma jadi nakal. Menikmati zaman zaman nakal.

Tapi semua tu takkan berulang lagi kan? Yang manis pastinya semua tinggal kenangan. Cuma hanya cukup sekali kita merasakannya. Takkan terulang. Semuanya tinggal kenangan. Kita yang disini cuma terperangkap dalam kenangan. Hanya mampu mengingat, tidak mampu mengulangnya. Tidak akan sama.

Aku masih lagi terperangkap dengan kenangan lalu. Bila teringat, aku berada dalam jiwa yang murung, sedih dan membahagiakan. Bahagia bila fikir kenangan tu berlaku dalam hidup aku, murung dan sedih bila fikir kennagan yang tak boleh ubah semula.Yang manis kekal manis, yang pahit juga kekal pahit, Takkan berubah.

Yang mana hilang, tetap hilang. Cuma hidup dalam kenangan. Yang masih ada, cuba dipertahankan. tetap masih mahu mencipta kenangan baru meski tidak sama dengan yang lepas.

Yang manis aku takkan dapat mengulanginya, tapi yang pahit juga aku tidak dapat mengubahnya.

Aku mintak maaf pada manusia jika aku lah punca kenangan pahit buat kalian. Sesungguhnya, hingga ke mati aku menyesali tiap kenangan pahit yang aku cipta buat kalian. Aku manusia biasa takkan lepas dari dosa dan silap. Kalau bisa aku patah semula waktu yang tersisa, pasti aku ingin merubah tiap kenangan pahit yang telah aku cipta buat kalian. 

3 comments:

  1. https://m.youtube.com/watch?v=_NSfk8L1s0c

    ReplyDelete
  2. Mana? Semenjak da jadi streamer ni. Tak depress da ke? Oh ye, sakitkan hati org takkan kau plak yg nk depress kn hahahaha

    ReplyDelete
  3. Kau duk mana skrg? Geram je la aku haish..

    ReplyDelete