Friday 17 April 2020

TIDAK PASTI

6:56 am - 18 April 2020

Sebagai manusia biasa yang penuh dengan dosa, pernah sesekali kita mempersoalkan pada Tuhan kenapa dugaan diberi terlalu berat untuk kita tanggung.



Aku juga tak pernah terlepas apabila mempersoalkan dugaan yang Tuhan beri pada aku. Kenapa aku terlalu sukar untuk bahagia. Kenapa sampai aku perlu ada perasaan ragu ragu untuk teruskan kehidupan.

Ada orang yang pernah cakap dengan aku, apabila seseorang bicara pasal SUICIDE, or nak MATI orang tu PYSCHOPATH.

Aku faham, mungkin dia tak tak pernah merasakan bagaimana rasanya terpinggir dari masyarakat luar atau dipinggir oleh orang sekeliling kita. Mungkin juga dia tak permah rasa dibuang macam sampah oleh orang lain yang dia anggap penting dalam hidup dia. Jadinya dia boleh samakan orang yang bicara pasal suicide tu adalah psychopath :)



Kalau nak tahu, psychopath tu boleh buat hal yang teruk daripada bunuh diri. Dia akan buat apa saja untuk kepuasan diri. Dia boleh menghantui hidup seseorang, memusnahkan hidup orang dengan macam macam cara. Selagi tak berjaya, selagi tu dia tak stop. Bukan dia bunuh diri dia, tapi sampai satu tahap dia bunuh orang lain dulu. Sama ke orang yang bicara untuk suicide dengan orang yang pschopath? Jauh sangat pada aku. Cuma yang sama adalah mereka mungkin ada masalah dalaman. Mental nya, hati nya.


Tapi orang yang ada masalah depression selalu orang kaitkan dengan penyakit gila dan orang takut untuk dekat, untuk stay sedangkan orang orang yang ada depression ni sangat sangat memerlukan sokongan dari segi mental daripada orang sekeliling, keluarga. Daripada orang orang yang bermakna dalam kehidupan mereka. Tapi, siapa yang akan perasan akan hal hal macamni kan. Orang akan anggap mengada, kurang agama, nak perhatian, psycho, over dan macam macam lagi.



Percayalah, masa kau hidup cuma 2/10 je perasan akan kewujudan kau di dunia. Tapi bila kau mati, tiba tiba 11/10 yang perasan, ye perasan tapi perasan selepas kematian kau. Dunia ni memang tidak adil kan. Tapi itulah yang kita kena lalu sekarang ni. Ini memang adalah putaran dunia.



Macamana rasanya nak pupuk tiap tiap hari supaya ada semangat untuk hadap kehidupan ni. Lagi lagi bila kau bangun tidur, kau rasa kosong. Kau rasa kau tak perlu buat apa apa pun untuk diri kau kerana hakikatnya kau dah tak berguna untuk apa apa hal. Kau gigih fikir dan cuba untuk habiskan satu hari yang ada tu dengan buat apa apa hal supaya kau rasa diri kau berguna sikit. Seksa rasanya nak habiskan satu hari tu dan menanti hari yang lain.




Nak nak bila orang yang kau percaya yang kau harapkan dan yang jadi semangat kaulah yang buat kau rasa tak berguna. Ah, bila perasaan ni semua nak hilang. Aku cuma nak HAPPY! Supaya aku boleh hadap apa apa dugaan dalam hidup dengan kuat. Supaya aku boleh hadap manusia manusia yang buat aku rasa tak berguna ni dengan selamba.


Am just tired. Aku cuma takut pengakhiran aku macamana. Am so terrified because i know i can't fight forever. Aku cuma hilang manusia yang boleh buat aku rasa aku ni berguna dan am worth it dan harapan aku dah mati untuk ada manusia yang macamtu. Kan?




Tidak pasti apa yang Tuhan mahukan.
Dugaan perlunya apa?
Bahagia perlunya apa?

Pujuklah kaki untuk tetap menghadap,
Tiap satu cebisan ujian yang sementara untuk diratap..
-A.M-







5 comments:

  1. Takecare aina. I wish that can talk to u again. Remember even the last choice u have to make, always remember there is someone really care about u. Im Always here for u when u feel low. even u dont think i should.. takecare. Please

    ReplyDelete
  2. https://m.youtube.com/watch?v=u1BgKRuTI2g

    https://m.youtube.com/watch?v=DfU75lkODR0

    ReplyDelete
  3. knp ramai remaja prempuan yg byk kena depression berbanding lelaki?

    ak ada tolong kawan prempuan sorng ni, dia selalu up status pasal nak harm diri dia, ak cuba bantu dia bawa dia sampai ke hospital... dan skrng dalam pemulihan lg dan masih perlukan support dr kawan2 rapat... ak takut dia anggap ak lebih dri kawan... bila ak x jwb mesej dia, dia ckp ak ni nak tinggal dia, ak tak tahu dah mcm mana, ak anggap dia hanya kawan ak..

    #depression#anxiety#bipolartype1#

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaylah tu. aku kenal remaja perempuan depress sebab bf, pastu ak cuba bantu dia lepastu dia bagi harapan last2 bf dia dapat tahu, dia tinggalkan aku macam tu je. hari2 aku buka blog dia tgok kalau2 dia ada update atau dia ok ke tak .. tapi dia langsung tak peduli pon kat aku sekarang. aku pulak yang depress. tak tahu nak benci ke nak sayang .. haish pening2

      Delete