Thursday 29 October 2020

AKU CUMA ADA AKU

 Assalamualaikum. Lama rasanya tak menaip. Macam biasa, bila terasa nak mengarang, blog ni jugak yang aku cari. Mana lagi kan. Zaman sekarang lebih pada menaip dari menulis. Aku masih menulis cuma lebih pada menaip. Taapii, hati tetap cinta untuk berkarang, mengarang, berpuisi, meluah. 


Sedang menaip sekarang, aku ada di dalam bilik. Sendiri. Buka tingkap bilik, menjemput udara luar masuk. Udara segar barangkali, sekurangnya menambah sedikit segar diriku yang kelesuan. 


Bunyi kenderaan cukup bising. Sebabtu aku jarang bukak tingkap. Aku akan bukak waktu malam sahaja sebab alasannya satu, aku tak berapa gemar cahaya siang dan dua, bunyi kenderaan yang terlalu bising.

Terlalu selesa dengan kesenyapan bilik sendiri agaknya hingga keadaan diluar semakin lama akhirnya menjadi bukan kebiasaan aku. 


Terlalu lama aku tinggalkan kehidupan yang melepak ke sana sini. Wayang atau pegi mana mana event. Jaaarang. Kalau kata tempat kerja ada buat event pun aku tak join. Samada aku mengelak atau waktu yang tak mengizinkan. Akhirnya aku sering terlepas acara kehidupan yang mungkin menyeronokkan dan dapat merangsang pemikiran untuk orang yang murung macam aku. 


Jadinya sekarang ni, aku jadi tertanya tanya. Macamana agaknya kehidupan mereka yang sering setiap hari setiap saat berhubung dengan dunia luar. Berjumpa dengan orang setiap hari, melepak dengan kawan kawan setiap hari, main game dengan kawan kawan setiap hari, makan luar dengan kenalan, bergelak ketawa. Yelah, sekurangnya hilang sekejap masalah dalam fikiran. Sebab ada rangsangan positif. 


Aku? Segala stress aku, segala murung aku, aku simpan dalam rumah. Kat rumah pulak bukan ada siapa siapa. Aku sorang. Housemate pun balik kerja selalunya tidur. Yela penat kerja kan. Esok pi kerja macam biasa. Jumpa kawan kawan balik. Aku pulak, kerja pun dari rumah, buat kerja rumah. Aku tak borak dengan sapa sapa. Aku bukan tak nak meluah tapi tak ada siapa yang nak tadah telinga dengar aku. Penghujungnya, aku pendam balik apa yang aku nak kongsi, apa yang nak aku luah. 


Kadang, aku terfikir dan aku jadi tak percaya tentang adanya hubungan. Ini terjadi dalam dunia dan hidup aku lah. Mungkin tak berlaku pada dunia orang lain sebab orang lain ada kehidupannya. Tapi bukan aku. Kehidupan aku cuma aku. Aku surrounded dengan diri aku sahaja. Bila aku negative, semua terpulang pada aku untuk jadikan diri aku lebih negative atau aku pujuk diri aku supaya jadi positive. Jadi aku terasa aku cuma ada diri aku. 


Aku tak salahkan sapa sapa dan sapa sapa jangan salahkan aku bila aku dah memang begini. Aku bukan yang dulu. Tahu bersosial. Segala galanya kekok bagi aku di dunia luar. Dan didunia aku pula, cuma ada aku sorang. Tak ada sesiapa yang memahami aku. Tak ada sesiapa yang boleh duduk dengar diam dan memahami aku. Tak ada. Aku cuba untuk adakan tapi memang tak ada. 


Murungkan hidup aku. Tapi takpa. Aku tahu aku kuat. Kalau aku tak kuat, aku takkan dapat bertahan sampai harini kan. Harapnya sampai esok lusa tulat dan hingga Allah sendiri yang ambil nyawa aku. 


Entahlah. Aku manusia. Kadang aku lemah sangat sangat. Mungkin mental aku tak sekuat mental orang lain tapi aku cuba. Memang aku cuba. Walaupun aku selalu berharap akan ada manusia yang faham aku, yang nak dengar aku tapi hakikatnya takada, aku cuba lagi bertahan untuk diri aku. Penghujungnya aku cuma aku. Aku yang rasanya sentiasa begini dan penghujungnya nanti takkan ada siapa dapat mengubah rasa aku yang begini. Sebab dah terlalu lamaa rasanya dibiar begini. 


Kalaupun ada yang cuba, tapi mungkin waktu tu dah terlambat. Aku macam robot. Yang bisa melakukan apa aja, tapi rasanya mati begitu saja. 




Okay lah. Sampai sini jela aku meluah. Aku pun taktahu ada orang baca ke tidak blog ni. Sekadar yang membaca jela kan. Sebab aku tahu blog aku ni terpencil sebab tu aku selesa jugak meluah kat sini. Dari zaman sekolah kot meluah sini. Soo selesa sebab tak ramai baca. Mungkin tak ada yang baca. Soo am okay with it. I love my blog ♥️





2 comments:

  1. Replies
    1. Dont worry, even aina rasa tak ada orang yang peduli pasal aina. Saya hari2 tggu update dari aina :) . Semoga maju jaya dalam streaming dan dunia akhirat.

      Delete