Saturday 4 January 2014

HAJAT CINTA

Assalamualaikum.
Sekian lama jari ini tak menaip di ruangan blog. Kesibukan, kemalasan semua melanda diri. Tapi Alhamdulillah harini terasa nak menaip. Terasa nak bercerita.

" Hajat Cinta "

Tajuk yang nak aku ceritakan harini.
Tajuk ini aku ambil sempena novel yang aku baca khas yang ditulis sang pengkarya Khairul Nazmi Rodzy.
Sejujurnya aku mengaku terasa diri adalah wanita yang dicintai oleh hero " Ben" (watak dalam novel) ketika membaca novel ni.

                                          



Apa yang aku nak huraikan dalam novel ni ialah tertunainya hajat cinta Syahidah. Aben yang setia menyintai Syahidah. Andai ada lelaki seumpama Ben diketika ini, aku mohon tidak perlu menunaikan apa apa hajat sekalipun melainkan ikhlas untuk menerima kelebihan dan kekurangan diri aku dan ikhlas untuk bersama aku menuju Syurga.

Kepada penulis,
Abg menderita sakit buah pinggang. Tapi abg kuat. Abg happening. Abg tetap berusaha untuk buat orang sekeliling abg ketawa. Hanya dengan cara membuat orang tertawa itulah yang akan dapat buat abg tersenyum walau sakit didalam.

Indahnya cerita didalam novel yang abg coretkan. Hidup dicintai lebih indah dari hidup mencintai kan abg? Seumpama itulah antara kita dengan Allah. Terlalu indahnya hidup andai kita mencintai Allah dan dicintai Allah.

Terima kasih untuk tawa senda yang pernah abg pinjamkan untuk aina sepanjang 1 tahun perkenalan kita. Orang yang tak pernah aina kenal sebelum ni tapi sekarang aina dapat tahu suka duka pahit manis kehidupan abg.

Terima kasih atas kiriman novel yang sangat bermakna untuk aina. Semoga Allah akan sentiasa merahmati abg dan mempermudahkan apa jua urusan abg. Semoga abg jua diberi kekuatan untuk melawan segala sakit yang datang pada abg. Walau sesiapa yang pegi meninggalkan abg, tapi ingat Allah tak akan sesekali meningggalkan abg. Aina sayang abg :))

KHAIRUL NAZMI RODZY aka AARON AZIZ,
Akhir kata, andai sepanjang perkenalan aina banyak lukakan hati abg sudikan lah memaafkan aina ye abg. Aina manusia biasa, hamba lemah juga pendosa. Jangan lupa makan ubat. Apapun ujian yang datang, jadilah seperti apa yang abg pesan pada aina...
                                                         
                                                                TABAH TABAH TABAH !



Moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu suatu hari nanti. Assalamualaikum abg.


No comments:

Post a Comment