Monday 5 August 2013

TANGAN AYAH (dedicated to my beloved father MOHAMAD BIN ISMAIL)

Assalamualaikum :') Allah tidak akan menguji seseorang hamba-Nya melebihi kemampuan mereka kerana Allah Maha Penyayang.. Andai ditimpa ujian, itu adalah penghapus dosa dosa kita yang lepas.. Moga dengan apa ujian yang datang pada kita, kita akan redha dan tabah dan terus kekuatan tetap mengalir dalam diri


13/JULAI/2013 (RAMADHAN KE 3)

Ayah keluar rumah untuk pergi kerja macam biasa tepat pukul 11 malam. Malam tu ayah nak naik motor sedangkan kereta ayah dah siap dibaiki. Jam 11 setengah, aku sekeluarga menerima khabar buruk yang tak pernah kami jangka kami akan dapat malam tu. AYAH KEMALANGAN ! ALLAHUAKHBAR, hanya ALLAH yang tahu bagaimana resah gelisahnya kami sekeluarga malam tu. Leboh lebih lagi yang tinggal di rumah malam tu cuma aku, ibu, kak manja dan umi. 

  
Ibu suruh aku dan umi tinggal dirumah sementara ibu dan kak manja ke hospital untuk melihat keadaan ayah. Tak tau kenapa, bukan sekali dua ayah kemalangan, tapi malam tu bila dapat berita ayah kemalangan, jantung terus berdegup kencang. Sementara ibu dan kak manja dihospital, aku kat rumah pulak tak tenang. Resah gelisah, hati berdebar. Berkali aku mesej kak manja bertanyakan khabar berita ayah. Bila aku tanya bagaimana keadaan ayah dan apa yang doktor cakap, kak manja cuma balas " bacakan yassin untuk ayah, mengaji dan solat hajat untuk ayah "

 Ya Allah, apakah ayah seteruk seperti yang aku fikirkan. Tapi aku tahu, dalam masa fikiran kita bercelaru, syaitan mudah berbisik macam-macam. Aku cuba tenangkan diri dengan berjumpa-Nya. Memohon, meminta dan merayu hanya pada-Nya.. Ramadhan ke 3, kami sekeluarga diberi ujian yang paling berat kami pernah terima. Ya Allah !





Allahurabbi, dalam pada kami gembira menyambut Ramadhan yang tiba, serta merta kami telah diuji dengan ujian yang paling berat kami pernah terima. Sungguh, kami tak sangka, ayah yang dulunya jadi tempat kami bergantung harap, tempat kami berlindung, tempat kami bergurau senda, serta merta diragut keceriaannya !

Sebelum ayah ditimpa ujian, ayah beriya minta ibu masakkan bubur pedas (makanan sarawak) dan ayah jua yang beriya iya carikan bahan. Aku ingat lagi, telur masin yang ayah buat, yang ayah nak, sampai sekarang tak habis lagi, tak ada siapa nak makan :'( Kami teringat ayah! Siapa nak habiskan telur masin tu, ayah ??

 Aku ingat lagi, masa kami berbuka bersama puasa ke 3, ayah makan telur masin yang tinggal sebiji dalam pinggan. Aku datang ke meja makan dan bertanya kan telur masin, tiba tiba, dari pinggan ayah,ayah letakkan kembali dalam piring dan beriya iya sungguh menyuruh aku makan telur masin yang datang dari pinggannya :'( Tapi aku tahu telur masin tu ayah nak makan dan aku menolaknya dan menyuruh ayah makan je telur masin tersebut..

5/OGOS/2013 (RAMADHAN KE 27)

Genap 23 hari kami sunyi tanpa ayah! Kami sunyi tanpa gelak tawa ayah! Kami rindu garangnya ayah! Kami rindu segalanya tentang ayah!

Allah, senyuman ayah, garangnya ayah, tawanya ayah, hilang begitu saja dari kami ! Itulah yang jadi penawar, suka duka kami sekeluarga!

Ayah garang bersebab, ayah garang kena pada tempatnya. Bukan ayah garang sentiasa, kadangkala terpancar tawanya, guraunya mampu buat kami gelak ketawa :') Ayah, rindunya pada ayah :')


Ayah, lagi 2 hari nak raya :') Ayah masih terlantar dihospital. Ya Tuhan, Ramadhan tahun ini hilang seri, Aidilfitri tahun ini hilang kemeriahan dengan melihat ayah terlantar. Mana mungkin kami dirumah menyambut raya secara besar-besaran sedangkan kami tahu ayah sedang terlantar :'( Tiada tahun kami beraya dan menyambut ramadhan tanpa ayah tapi tahun ini, kami merasa semua tu. Pabila tiba malam raya, pagi raya, sayu hati kami nak menempuhinya, ayah :'( Takbir raya ?? Tiada lagi kedengaran suara ayah bertakbir di surau dan di rumah :'(
 Ayah, berat kan ujian ni buat kita sekeluarga. Namun, kita kena redha ayah. Ujian yang Allah beri ini mungkin sebagai penghapus dosa kami anak anakmu yang dulunya tidak menghargai ayah didepan mata.

Sungguh yayang tak mampu nak tengok saat ayah dalam kesakitan tika disedut kahak, tika ayah ditebuk :'( Allahurabbi, kadangkala terasa ini semua mimpi tatkala yayang merenung wajah ayah. Kurusnya ayah tak berisi seperti dahulu.

Terfikir juga, mampukah yayang nak menjaga ayah yang sakit sepertimana ayah jaga yayang dulu. Mampukah kami anak anakmu menjaga ayah sebaik baik seperti ayah menjaga kami zaman kecil ? Ayah maafkan kami anakmu yang tidak mampu menjaga mu sebaik ayah menjaga kami, memberi kami makan, kami akan cuba sedaya upaya kami untuk menjaga ayah !


Sunyinya dirumah ni pabila tiada lagi suara yang mengalunkan doa doa, mengalunkan zikir zikir, mengalunkan bacaan dalam solat dan menjadi imam buat kami :'( Ayah, sekarang giliran kami untuk sentiasa mendoakan kesihatan ayah, mendoakan agar ayah dikembalikan seperti dahulu. Amin ya Allah !


Gelak tawa ayah, senda gurau ayah, garangnya ayah, kami tetap rindu ! Sentiasa kami terbayang bayang ayah dirumah! Suara ayah, ketawa ayah! Ya Tuhan :'(

 





Teman hidup ayah dikala suka dan duka. RUSNANI BT HUSSIN. Ibu kami, isteri ayah ! Ibu setia menemani ayah dihospital, setia mendoakan kesembuhan ayah, setia menanti ayah untuk pulang ke rumah. Ibu tiada lagi teman makan bersama, tiada lagi teman menonton tv bersama, tiada lagi teman bergaduh manja bersama, tiada lagi teman ke kebun bersama, tiada lagi teman tidur bersama. Ibu rindukan ayah! Dalam keluarga, ibulah yang paling merindukan ayah dan ibu jualah yang paling merasa akan ketiadaan ayah dirumah ! Ibu kami, isterimu :') Moga ibu diberi ketabahan dan kekuatan yang melimpah ruah untuk berhadapan dengan ujian ini ! Amin ya Allah !

TANGAN AYAH 
Satu masa dahulu, tangan ini yang mencari rezeki, tangan ini yang bersusah payah berkebun demi mencari sesuap nasi untuk keluarga. Sedar bukan dari keluarga yang mewah, tangan ini juga yang bertungkus lumus mencari itu ini untuk dijual demi menyara anak anaknya dan isteri.
Bezanya sekarang, tangan ini tidak berdaya lagi mencari rezeki, tidak mampu lagi untuk berkebun. Tangan ini juga tidak terdaya lagi mencari itu ini untuk dijual demi mencari wang untuk keluarga. Tangan ini tidak mampu. Tangan ini terlantar. Kadang kala tangan ini menggigil tatkala aku mengenggam tangan ayah, sama ada menahan sakit atau cuba untuk mengangkat tangan sendiri, wallahualam. 
Tetapi, walaupun tangan ini sudah tak seperti dahulu, sudah tak mampu bertungkus lumus mencari rezeki buat kami, namun sehingga sekarang yang tiada bezanya apabila kami anak anakmu dan isterimu masih mencium tanganmu ayah! Masih mencium tanganmu memohon ampun dan masih mencium tangan mu memohon restu. Hanya tanganmu ayah yang kami cium dan salam demi mendapat keberkatan! 

sayang rasanya tiap kali mahu lepaskan genggaman tangan ayah sebab walaupun ayah tidak bersuara dn berkata apa apa, tapi melalui pergerakan tangan ayah seolah olah memberi isyarat pada kami bahawa ayah okay ! :') Kami tahu ayah kuat ! Ketahuilah ayah, doa anak anakmu tidak kan pernah putus ! Kami menanti kepulangan ayah ke rumah !!


 * ALLAHURABBI, SEBAK DIDADA HANYA KAU YANG MENGETAHUI.. PILU DIHATI HANYA KAU MAHA MENGERTI.. ANDAI UJIAN YANG KAU BERIKAN INI SEBAGAI PENGHAPUS DOSA KAMI, KAMI REDHA YA ALLAH..

BERILAH AYAH KEKUATAN UNTUK TERUS MEMBUKA MATA DAN TERUS BERNAFAS SENDIRI. BERILAH AYAH KEKUATAN UNTUK MELAWAN DAN MENAHAN SEMUA KESAKITAN YANG AYAH RASA. BERIKAN JUGA AYAH KETABAHAN AGAR AYAH DAPAT TERIMA UJIAN INI DENGAN HATI YANG REDHA. HILANGKAN SEMUA PENYAKIT AYAH DAN KAU KURANGKANLAH KESAKITAN YANG SEDANG AYAH RASAI. LAPANGKAN DADA AYAH DAN TENANGKAN FIKIRAN AYAH AGAR AYAH SENTIASA DAPAT BERZIKIR MENGINGATIMU DAN BERSELAWAT KEATAS NABI S.A.W *









No comments:

Post a Comment