Friday 10 April 2020

PENAT MENUNGGU

Assalamualaikum. Coretan yang entah keberapa kali aku lepaskan disini untuk sekadar berkongsi ...seorang manusia yang tiada sebarang keistimewaan atau apa apa yang boleh dibanggakan. Cuma aku.

Jam sekarang menunjukkan pukul 7:53 pagi bertarikh 10/4/2020. Dan untuk keberapa belas hari puluh harinya, jam segini aku masih belum tidur. Bukan sengaja aku tak nak tidur tapi aku memang tak boleh tidur. Bukan aku tak cuba tapi aku cuba. Mengantuk macamana pun mata aku, lelap aku takkan lama. Bila aku cuba lelap, sejam dua jam mata aku tercelik semula. Tercelik semula dalam keadaan jantung aku yang berdegup sangat laju sampai aku tak boleh control. Setiap kali hal tu berlaku, kadang aku rasa marah kenapalah boleh jadi macamtu. Kadang aku cuba untuk pejam mata aku semula tapi memang tak dapat. Mata aku akan jadi secelik celiknya segar macam dah tidur berjam jam. Benda ni berlaku dah bertahun sudah. Boleh dikatakan setiap kali aku bangun tidur, jantung aku akan berdegup laju.


Baru 2 hari lepas, aku dalam keadaan yang tak stabil. Aku tak tahu nak cakap anxiety attack ke apa. Mental aku down sangat sangat. Tiba tiba aku tak boleh nafas, nafas jadi pendek, dada aku degup sangat laju. Lepas tu air mata aku mengalir. Bukan aku nak menangis sangat tapi air mata aku keep laju mengalir and waktu tu aku lebih pada nak control bunyi pernafasan aku yang tercungap cungap tu untuk nak elak dari housemate aku dengar. Malu kalau dia tengok keadaan aku macamtu. Macam orang kena sawan! Dan aku tak nak dia risaukan aku ke apa. Tak lama kendian tu aku terus menangis menangis bercampur dengan dada yang sakit dan nafas tersangkut sangkut.


Ini lah sebab utama kenapa aku suka memendam daripada asyik nak menangis. Aku takut aku jadi macamni. Aku tak dapat control diri aku sendiri tambahan pula aku memang duduk sendiri. Bukan aku duduk dikelilingi dengan kawan kawan yang ramai. Aku pun tak suka diri aku sendiri bila aku punya anxiety tu datang. Aku akan cakap yang bukan bukan. Aku sedar tapi aku tak dapat control. Demi Allah aku benci diri aku sendiri kalau aku jadi macamtu. Demi Allah jugak aku tahan diri aku supaya tak jadi macamtu.

Lepas satu, satu masalah yang datang. Aku dah control dah supaya aku dapat berfikir dengan waras. Tapi hari kelmarin memang menguji aku punya kesabaran dan ketabahan diri aku. Tu pun aku masih tahan waktu siang, aku taknak menangis aku taknak rasa apa apa. Tapi malam tu aku betul betul mental breakdown. Aku low sangat sangat. Aku menangis NON STOP almost 2 hour yang aku sendiri tak sedar. Dengan sakitnya dada aku. Bila dah jadi macamtu baru aku rasa letih sangat sangat. Kepala aku sakit sangat sangat. Mungkin sebab aku betul sorang sorang. Tak ada orang kat sebelah untuk tenangkan aku and ubat anti depress yang doc bagi tu pun aku tak telan. Jadinya aku memang jadi sangat sangat low. Eh entah tak terkira la berapa kali aku mental breakdown macam gini. Kadang duduk depan TV tengah tengok tv pun tiba tiba mental breakdown nafas tercungap cungap.



Aku sendiri cari punca macamana aku boleh jadi seteruk macamni. Aku jadi menyesal pulak sebab aku tak makan ubat anti depress yang doc psikatri dah bagi tu. Berlagak sangat aku rasa aku akan okay sendiri boleh handle tapi apa yang berlaku jadi effect pada hidup aku seharian. Tambahan pulak sekarang memang PKP sempena covid.



Memang aku sentiasa berkurung dalam rumah. Kalau bukan PKP pun aku memang terperuk dalam rumah. Balik kerja pi kerja. Jarang keluar melepak saja saja ke wayang ke karoke ke. Bila PKP ni aku memang total alone. Housemate kerja, habis kerja dia penat tidur masuk bilik. Memang tak ada borak berjela jela ke apa. Aku pulak memang tak ada kawan ramai untuk aku chat ke ws ke bertelefon ke.. Tak ada orang untuk aku call untuk dengar masalah aku atau tak ada orang yang akan call aku tanya aku macamana ke or borak borak dengan aku sebab aku memang selalu borak dengan dinding. Jadi seharian aku sempena PKP memang aku tak bercakap dengan sapa sapa. Masalah tetap datang tapi dah memang tak ada orang yang akan tadah telinga untuk dengar waima orang yang aku harapkan ada untuk aku bila aku tengah mental breakdown. Dan aku pun memang dah terbiasa pendam.



Sebagai manusia biasa, aku pun perlukan seseorang untuk jadi tempat aku berkongsi segalanya. Bukan waktu happy je, tapi waktu aku bebetul mental breakdown. Waktu betul betul ada manusia sebelah aku dan tengok macamna aku tersiksa lawan dengan diri aku sendiri. Lawan dengan mental aku sendiri dan boleh tenangkan aku. Demi Allah, aku taknak diri aku jadi macamana aku sekarang. Aku lawan, sebab tu aku tak ambik ubat. Aku lawan sendiri. Tapi aku tak boleh bertahan lama.


Bukannya aku tak ada keluarga. Ada. Tapi masing masing dah berkeluarga. Masing masing ada kehidupan sendiri, masalah sendiri. Jadinya tak perlu kot aku nak serabutkan mereka dengan masalah masalah bodoh ni. Lagipun, tak semua hal atau masalah yang kita mampu share dengan keluarga kita.


So, bila lama lama aku tahan aku pendam... Benda tu nak pecah jugak kot sampai masa. Ala lagipun aku memang dah taknak ada circle baru dengan mana mana manusia pun. Nak kenal ke, nak berkawan ke nak melepak berjumpa ke memang dah bukan minat untuk aku yang sekarang. Rela aku memendam sorang daripada kena buka lagi circle untuk manusia manusia baru.



Apa yang pasti aku dah penat tunggu sapa sapa untuk datang bantu aku dari segi emosi dan mental aku. Kadang aku tunggu orang yang aku harapkan, tapi tiap kali aku jadi macamni memang tak ada siapa siapa dengan aku termasuklah orang yang aku harapkan. Lama lama aku penat. Penat nak tunggu ada harapan yang akan ada orang faham aku. Memang takkan ada dan aku dah taknak ada sapa sapa dah yang faham aku sekarang. Biarlah aku sendiri yang handle. Lagipun aku tahu, ada manusia yang cuma perlukan aku waktu aku boleh diguna pakai. Aku cuma PILIHAN TERAKHIR untuk manusia yang lain.


Entahlah.. Aku tak pasti kehidupan aku sampai mana dan bagaimana. Selagi Tuhan izinkan aku bernafas selagi tu aku berjalan. Aku cuma rasa aku masih diawang awangan. Aku dah tak kisah kalau tak ada orang yang tarik aku untuk berpijak di bumi yang nyata. Sebab takkan ada manusia yang faham aku. Dinding bilik aku jadi saksi macamana aku tersiksa tanggung mental aku sorang sorang. Bantal tidur aku jadi saksi berapa banyak air mata aku yang dah diserap. Jadinya harapan aku dah mati untuk berharap ada manusia yang faham aku. Dah MATI.



Post kali ini, memang sengaja aku tak share kan link kat media sosial yang lain macam selalu. Siapa yang baca, bacalah. Siapa yang tak baca biarlah. Tak perlu tahu pun takpa. Memang aku letak disini sebagai kisah hidup aku untuk aku singkap bila bila masa nanti selagi aku masih hidup. Banyak hal yang lagi aku nak kongsi tapi mungkin batasnya sampai sini sahaja. Mungkin di hari lain aku akan kongsi.




I trust this words :



2 comments:

  1. Takecare. There is someone always thinking about u.

    ReplyDelete
  2. Kita sama.. Boleh contact sy dkt facebook? Farida Ruslan dp kucing oren.. Sy nk cari teman meluah.. :')

    ReplyDelete