Assalamualaikum.
Sayu masih menemani. Hiba masih lagi disisi.
Ingin diluah, tiada yang bertandang. Mahu ditangis, air kini menjadi kontang.
Masih disini. Masih bernafas Tiada tanda Tuhan mengizinkan aku untuk bertemunya. Mungkin bukan harini, boleh jadi esok lusa. Apalah gamaknya saat aku bertemu Nya. Masih layak dipandang hamba Nya kah? Atau aku seorang pendosa tidak terhitung dosa.
Teruslah menjadi manusia yang tegar. Yang tidak rapuh walau diinjak injak. Tidak patah walau diriuk riuk. Agar tiba saat Tuhan berikan kau seteguh teguh ujian, kau masih disitu. Masih disitu untuk bertahan. Walau Tuhan uji segala kelemahan, kau masih tegap.
Aku masih juga disini. Bezanya aku rapuh. Dan sekarang aku dah terjatuh. Aku cuba menggapai, Mencari sebarang cahaya. Cahaya yang tidak menyilau kan mata, bimbang aku tidak tahan disuluh dek silau. Cahaya yang tidak terlalu kelam, bimbang aku tidak berani meneeuskan langkah. Ya. Kerana aku rapuh dan terlalu rapuh. Aku lemah selemah lemah kejadian manusia. Cumanya aku masih meneruskan dan tidak berhenti selagi takdir belum menuliskan untuk aku mati.
Maafkan aku wahai manusia manusia yang telah aku sakiti. Aku juga sakit tapi aku lebih menyakiti kalian. Andai tiap satu goresan luka bisa menyembuhkan kalian, takkan pernah berhenti goresan ini.
Aku seorang yang gagal. Gagal untuk membahagiakan, gagal untuk membanggakan, gagal untuk segalanya. Aku gagal untuk menjadi manusia yang separuh sempurna, jauh sekali paling sempurna.
Tuhan mengirimkan ibu ayah untuk aku membanggakan, aku gagal.
Tuhan mengirimkan adik beradik untuk aku membahagiakan, aku gagal.
Tuhan mengirimkan si dia untuk aku dibanggaka, aku gagal.
Gagalnya aku jadi manusia. Untuk berada dalam kelompok manusia yang pastinya sudah hampir sempurna.
Kalau bisa nyawa ditukar ganti, aku akan gantikan nyawa ini dengan segala kebahagiaan yang ada buat mereka yang aku cinta yang aku sayang yang aku kasih agar mereka tidak tersakiti kerana aku.
Tapi aku sedang berbicara fantasi. Aku sedang berbicara ilusi. Tiada apa yang mampu aku lakukan didunia yang realiti.
Maaf andai ini penulisan paling sampah.
Aku mahu meluah tapi aku cuma rasa sendiri.
Aku mahu bercerita tapi aku cuma rasa sendiri.
Hanya ini yang mampu aku lakukan.
HANYA PENA, TIADA SUARA.
TAMAT.

Pemikiran kita hampir sama, walau apa pun kite perlu lah berpegang teguh pada islam..
ReplyDeleteNicenye penulisan. Menusuk sampai ke hati nurani.. lagi2 .hahaha
ReplyDelete