Jiwanya mengharapkan ketenangan. Ketenangan dari sudut apa pun. Sesaat ketenangan sudah terlalu berharga buatnya.
Parah, parah. Jiwanya parah! Dimanakah silapnya? Besarkah silapnya? Jika punya silap, layakkah dirinya dibalas sebegini? Terduduk meratap tiada kata. Jika sebelum ini sayangnya tiada kata, kali ini kecewanya juga tiada kata. Bagaimana mahu meratap? Pada siapa? Tuhan? Malu!
"Bagitahu silap saya kat mana, Najwa. Sampai macamni sekali awak balas pada saya", kali ini suara yang dizahirkan bukan seperti yang biasa. Merintih. Betul betul merintih.
"Saya tak tahu. Saya tak tahu silap awak atau silap saya Ikhwan. Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat sangat", ditatap wajah wanita yang dipuja selama ini. Wajah yang menjadi peneman kala suka dan duka selama ini. Wajah yang setia meminjam telinganya tiapkali hati ingij meluah, saat bibir ingin bercerita. Terlalu sayang.
"Awak minta maaf tapi apa yang akan jadi dengan saya selepas ini, Najwa. Saya tak ada orang lain selain awak. Awak jumpa kebahagiaan awak dengan lelaki tu tapi kebahagiaan saya cuma pada awak", air mata diseka berkali kali. Terlalu kecewa. Sebahagian semangat sekelip mata diregut pergi. Berusaha mengusir sebak dan mencari ruang agar lancar kali ini untuk berbicara.
"Saya sayang awak Najwa dan saya tak ada siapa siapa selain awak selama 5 tahun kita berkawan. Tapi bukan dengan cara ini. Bukan dengan cara yang awak tak bahagia dengan saya. Saya minta maaf sebab anggap selama ni saya dah cukup bahagiakan awak", sebaknya ditahan semampu mungkin dan menyambung..
"Saya minta maaf terlalu banyak masa saya luangkan untuk awak sedangkan awak tak bahagia dengan saya. Saya minta maaf sebab anggap wang ringgit yang saya kongsi sama awak tak cukup membahagia kan awak. Saya silap dan saya sebenarnya tak tahu macamana nak bahagiakan awak. Saya lepaskan awak Najwa. Saya lepaskan awak dengan seikhlas hati saya. Saya maafkan awak. Saya halalkan semuanya..", kali ini nekad. Ikhwan nekad. Biarlah ini kali terakhir dia meluah. Meluah pada manusia yang paling disayang. Sangat sayang. Air mata turun laju tiada tanda mahu berhenti.
*
*
*
*
Hari yang dihitung tidak pernah silap, dan hari ini genap dua tahun dia kehilangan manusia paling disayang. Najwa. Kesal masih bertandang hingga kini kerana tidak mampu berada disisi wanita itu hingga akhir nyawanya.
"Tuan, boleh saya masuk?", tiba tiba suara itu agak menyentak dirinya walaupun suaranya hanya selembut angin.
"Ya, Shila. Silakan duduk", tidak ingin terus hanyut, dunia realiti kini yang harus dikendong.
"Macamana? Awak dah selesaikan apa yang saya suruh?", kali ini suaranya lebih tegas.
"Dah, tuan. Saya dah selesaikan macam apa yang tuan nak. Encik Adam dah dinaikkan pangkat dan gajinya juga bertambah dari yang sebelum ini dan dia hanya akan uruskan cawangan kita di Port Dickson sahaja. Segala urusan, Encik Mika yang bantu", panjang lebar diulas agar bos nya puas hati.
"Bagus. Terima kasih Shila. Cuma pastikan Adam tak tahu yang dia bekerja bawah saya", balas Ikhwan.
"Baik, tuan. Saya akan pastikan. Tapi, siapa Encik Adam? Sebab tuan letakkan dia jawatan paling tinggi kat syarikat kita di PD. Setahu saya, adik beradik tuan yang lain semua perempuan kan. Atau dia saudara tuan?", setelah selesai apa yang diarah, baru harini Shila berani untuk bersuara menanyakan kepastian.
Sunyi seketika. Ambil masa untuk mencari jawapan. Perlu jujurkah atau tidak.
"Dia orang yang saya kenal, Shila. Apa yang saya buat ni semua untuk balas budi baik dia pada saya. Hutang budi perlu dibayar dengan budi, kan?", ayat terakhir disertakan sekali dengan senyuman.
Untung saja Shila cepat memahami. Tiada lagi soalan yang dikeluarkan. Jawapan yang diterima sudah cukup menjawab persoalannya selama menyelesaikan tugas ini. Faham sekadar apa yang diberitahu.
"Saya minta diri, tuan", perbualan diakhiri segera. Ikhwan sekadar mengangguk.
Alhamdulillah. Niatnya dah berjaya ditunaikan. Bertahun lamanya dia menanti.
Semoga kau bahagia, Najwa. Antara dengar dan tidak dengar suaranya berbisik.
*
*
*
"Assalamualaikum, sayang", salam diberi saat dilihat si isteri menyambut dirinya pulang dari kerja.
"Waalaikumussalam, abang", senyuman diberi berharap sedikit lelah suaminya berkurang.
"Abang ada benda nak share dengan sayang", bagaikan tiada waktu lain, saat itu juga ingin dikongsi berita gembira pada si isteri.
"Wah, macam seronok je. Apa dia tu?", teruja juga si isteri menanti khabar gembira.
"Abang dapat naik pangkat. Gaji pun naik. Alhamdulillah. Baik sangat bos kat syarikat abang kerja tu. Walaupun abang lulusan SPM je, sudi juga dia pandang abang", tidak lekang senyuman dari bibir si suami.
"Alhamdulillah. Tahniah abang. Baiknya bos abang. Semoga Allah permudahkan urusan bos abg. Abang dah cakap terima kasih kat bos abang ke?", hanya mampu tumpang gembira setelah mendengar khabar gembira dari mulut suaminya itu.
"Abang tak jumpa bos, abang dapat surat naik pangkat je. Setiausaha bos cakap bos ada kat luar negara. Nanti dia balik, abang jumpa ucap terima kasih", masih tersenyum.
"Jomlah Encik Adam suamiku, saya dah siapkan lauk untuk makan ni", ajak si isteri dengan lembut.
"Baiklah isteriku, Puan Najwa", tanpa berlengah si suami menuruti isterinya ke dapur.
TAMAT.

Sambungan pleaseeeeee!
ReplyDelete