Tuesday, 23 April 2019

ENTAHLAH..

Assalamualaikum. Terasa nak berblog pula malam ni. Tak tahu lah nak letak tajuk apa malam ni. Tapi, hati terasa nak meluah. Jari terasa nak menaip. Yelah, zaman moden sekarang ni kan. Nak menulis pun malas. Menaip jela. Mengada betul jadi manusia kan?

Sekarang, aku dah 25 tahun. Pertengahan untuk ke 30. Kalau dulu aku tak terasa sangat nak menjawab bila orang tanya umur. Tapi bila dah tengah tengah ni aku kalau boleh nak elak dari orang tanya umur aku berapa. Taktahu lah kenapa. Manusia makin membesar makin lain otaknya. Boleh tak aku nak jadi kanak kanak semula? Sekurang kurangnya, aku sakit sebab jatuh basikal, aku luka sebab jatuh lumba lari, aku berdarah sebab jatuh pokok. Sekurangnya aku nampak luka, sakit, berdarah yang ada depan mata. Bukan sakit dalaman yang buat jiwa aku, otak aku jadi serabut.



Kalau boleh aku jadi manusia yang hanya cintakan Allah lebih dari segalanya, mesti tenang hidup aku. Sebab aku terlalu kejar cinta manusia, banyak sangat sakit sakit, luka yang tak nampak. Dia punya sakit terkesan dalam kehidupan.

Kelemahan aku satu je, kelemahan aku pada orang yang aku terlalu sayang. Tak ramai orag yang aku sayang dan yang ada dalam kehidupan aku. Orang lain buat aku ke, apa ke memang aku tak heran pi lantak. Tapi apa apa terjadi kat orang yang aku sayang atau orang yang aku sayang buat aku, memang aku jadi selemah lemah manusia yang memang aku sendiri tak boleh nak kawal. Tak kisahlah ibu ayah ke, adik beradik, kawan baik atau buah hati.


Kalau aku boleh jadi manusia yang tak menyakitkan hati orang yang aku sayang, akulah manusia paling bahagia dimuka bumi ni. Dapat buat orang yang aku sayang bahagia, aku tersangatlah terlebih bahagia. Tapi tulah, aku cuma manusia biasa. Terkadang kalau bukan aku yang tersakiti, aku yang akan menyakiti. Kalau boleh aku lari dari semua perkara yang menyakitkan aku, menyakitkan orang orang yang aku sayang, aku akan lega. Tapi nak lari mana? Ini realiti kehidupan. Aku kena hadap. Walaupun aku tahu bila aku hadap pun aku sendiri tak mampu nak selesaikannya.



Aku manusia biasa. Terkadang aku salahkan takdir, terkadang aku salahkan orang lain, terkadang aku salahkan diri aku sendiri. Semua jadi tak terkawal bila ianya melibatkan orang orang yang aku sayang. Bila aku bertekak dengan ibu atau ayah aku pun aku boleh lari dari dorang sebab aku taknak tengok dorang sakit sebab aku. Kalau aku stay, aku akan lagi bergaduh. Aku tak boleh kawal. Aku marah bukan sebab aku benci dorang, tapi sebab aku benci diri aku sendiri, aku marah dengan diri aku sendiri sebab aku tak dapat bahagiakan orang yang aku sayang dan aku tak mampu nak buat apa apa untuk pulihkan keadaan. Sudahnya aku lari dari keadaan realiti dan semua jadi tak selesai. Terukkan aku ni?


Jiwa aku kacau. Kacau dari dalam. Aku tak tahu kenapa aku nak sangat sangat balik ke alam kanak kanak. Macam aku cerita tadi, paling tidak aku sakit sebab jatuh basikal je. Aku nak sangat zaman kanak kanak aku semula. Bahagia dengan adik beradik aku. Yang aku kenal zaman kanak kanak pun cuma keluarga aku sahaja. Bergaduh pun dengan adik beradik aku sahaja.

Dulu aku pernah anggap, orang luar ni cuma menjarakkan hubugan aku dengan adik beradik aku yang lain je. AKu taknak dorang kahwin. AKu taknak dorang ada suami/isteri. Orang luar cuma buat hubungan kami adik beradik jauh. Tak dapat nak tidur sama sama, tak dapat nak luang masa lebih lagi, tengok tv sama sama, Semua tu memang dah tak ada dah sekarang. Semua terbatas. Aku rindu zaman kanak kanak aku. Sekarang semua dah kahwin. Siapa lagi kawan kawan baik aku kalau bukan adik beradik aku sendiri? Tapi, hidup memang senantiasa berputar. Terpaksa terima.


Aku takut dengan orang luar yang kecewakan aku. Aku tahu aku tak dapat bahagia yang sama macam aku dengan adik beradik aku dengan keluarga aku bila aku dengan orang luar. Semua bahagia sementara je. Kalau bercinta, belum tentu sampa ke akhirnya. Berkahwin bukanlah satu ikatan mati kebahagiaan. Tak. Aku takut nak ada ikatan yang kononnya membahagiakan tapi realitinya sebenar amat perit. Kalau aku tak perlu kahwin pun tak apa. Kalau Tuhan takdirkan aku untuk menjaga ibu ayah sampai ke tua, aku redha. Mungkin itu jalan paling mudah untuk aku ke syurga balas semua jasa jasa mereka.


Tiap tiap malam hati aku rasa sayu. Tak tahu sayu kenapa. Yang pastinya sayu sangat sangat bila mengenangkan kehidupan yang semakin hari semakin berubah. Ini jelah luahan aku. Selagi aku masih hidup, selagi tu aku masih bertahan.  

No comments:

Post a Comment