Assalamualaikum.
Allah, lamanya tak update dalam blog ni. Bertahun rasanya. Alhamdulillah, masih lagi ingat password dan email. Rasanya dah boleh tukar email dah ni. Huhu :)
Rasanya last aku bercerita dalam blog masa umur aku awal 20-an kot, ke 19 tahun masa tu. Sekarang aku pun dah ke pertengahan 20an. 24 tahun dah pun sekarang. Alhamdulillah, Allah masih nak panjangkan umur aku. Mungkin masih bagi peluang untuk aku jadi khalifah yang berbakti dan bertaubat.
So, pagi ni terasa macam nak sharing, terasa nak bercerita. Entahlah, kehidupan ni terlalu banyak fasa. Fasa yang mengakibatkan kita terpaksa berada dalam dilema. Untuk orang macam aku, mungkin aku terlalu memikirkan kehidupan orang, kehidupan aku sampaian aku terlepas yang lain. Aku terlalu tenggelam dalam emosi kehidupan. Jadinya aku dalam dilema.
Dilema dalam banyak hal. Dilema belajar, dilema bekerja, dilema mencari duit dan macam macam lagi. Tambahan pula, dalam kehidupan aku, aku rasa aku sorang je yang faham dunia aku. Orang tak nampak macamana aku overthinking bila waktu malam. Sampai ke pagi buta aku tak dapat tidur, bila pejam mata aku terbayangkan kehidupan aku kat dunia ni. Macam sekarang, aku memilih untuk menaip bila otak aku dah terlalu fikir.
Dalam kehidupan ni, aku kenal ramai orang. Orang yang memainkan aku, orang yang menggembirakan aku, orang yang serius dengan aku dan ramai lagi. Sebagai manusia yang aku boleh gelarkan diri aku sendiri manusia yang lemah, aku selalu jadi bahan orang. Sampaikan satu saat aku rasa aku takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Bila aku keluar, aku jadi kekok macamana aku nak berinteraksi dengan manusia.
Dilema aku sekarang ialah aku berperang dengan kehidupan aku sendiri sampai satu saat aku rasa aku cuma perlu berdiam diri, mengurung diri. Aku rasa, dunia luar tak ada tempat untuk aku. Dan aku rasa aku tak layak untuk digandingkan dengan sapa sapa kerana aku tak sehebat mereka. Kenapa aku memilih untuk tidak mempunyai circle kawan yang besar? Kerana aku rasa takada manusia yang dapat terima kekurangan aku dan aku tak layak untuk berkawan dengan mereka.
Dilema aku lagi ialah keluarga aku sendiri. Bilamana kehidupan aku sehingga kini masih tidak dapat membuktikan apa apa pada keluarga terutama sekali ibu ayah aku. Kenapa aku mesti ikut aturan mereka? Terkadang aku fikir sendiri, kalau mereka melepaskan aku untuk berbuat pilihan sendiri lepas umur aku 18tahun, sekarang aku dah rasa aku boleh bagi duit belanja tiap tiap bulan pada mereka walaupun tak banyak. Yang pastinya bukan sekarang yang nak keluar duit untuk makan sendiri pun tak ada. Kurangnya banyak pada aku kalau nak dibandingkan dengan adik beradik lain.
Dilema lain ialah aku cuba nak tunjukkan terbaik depan orang yang aku sayang. Orang yang aku heret bawak dalam kehidupan aku yang merepek ni. Hampir 2 tahun, aku masih kosong. Dia dah jauh tinggalkan aku. Betapa tak layaknya aku ada dengan dia. Kadang aku rasa, aku ni tak adil dengan dia. Aku nak dia ada dengan aku, aku taknak dia tinggalkan aku tapi dalam masa yang sama aku tak dapat setanding dengan dia. Aku masih tak dapat banggakan dia dengan kehidupan aku. Kosong sangat. Aku nak lepaskan dia pada yang lebih layak tapi aku manusia lemah. Lemah pada manusia yang aku sayang termasuklah dia.
Aku rasa lebih baik aku berada dalam dunia aku sendiri daripada melibatkan orang lain. Tapi kalau aku boleh. Sebab memang kehidupan setiap manusia, Allah tetapkan ada yang bersamanya selain Dia. Keluarga, sahabat, kawan kawan, pasangan hidup.
Allah Maha Adil. Dia tahu kita hamba yang lalai, yang lupa diri. Dia tahu kita hamba Nya yang selalu lupa pada Pencipta. Jadi, disaat kita melupakan Nya, Dia kirimkan kita manusia manusia yang baik dengan kita, yang boleh menjaga kita. Dia akan pastikan kita dalam keadaan baik walau hakikatnya kita melupakan Dia.
Aku tak pasti sampai bila aku ada dilema dalam kehidupan ni. Yang pastinya aku belum dapat apa yang aku nak dalam kehidupan aku sendiri. Tengoklah sampai bila. Sampai bila aturan hidup aku begini.
Salam.

No comments:
Post a Comment