PERGI
(didedikasikan khas buat arwah Khairul Nazmi Rodzy @ Bobo)
Semalam kau kata,
“ Hey, esok kita ketemu. Aku nak bikin kau gelak puas-puas! “
Tapi hari ini kau tak datang.
Mana kau pergi?
Sedangkan tenaga dah ku simpan untuk gelakkan ceritamu.
Semalam kau kirim pesanan,
“ Hey, esok kita ketemu. Ada lagu baru yang ingin aku
dendangkan!”
Tapi hari ini kau menghilang.
Mana kau pergi?
Padahal telinga ini terlalu merindui rentak ciptaanmu.
Semalam kau buat panggilan,
“ Hey, esok kita ketemu. Aku ingin katakan sesuatu !”
Nah, hari ini kau datang !
Aku senyum sampai ke telinga.
Tapi kau diam membisu,
Kenapa?
Kau tersenyum dan
berlalu,
Aku terpaku,
Kau nak pergi mana?
Semalam tiada kata-kata,
Semalam tiada pesanan,
Semalam tiada panggilan,
Ke mana kau pegi ?
Hari ini aku terima pesanan,
Ah, bukan dari kau,
Katanya,
“ Aben dah meninggal. Semalam “
Ya Rabbi !
Tiba-tiba segalanya gelap,
………………………………..
Kenapa cepat sangat kau pergi ?
![]() |
al fatihah arwah Khairul Nazmi Rodzy. moga tenang dalam dakapan Ya Rabbi. |
contengan hati,
'jari manis'
11 Ogos 2015
No comments:
Post a Comment