Monday, 8 April 2013

TUHAN BERIKAN AKU CINTA

Assalamualaikum =) Sekian lama tak update blog =)  Okay straight to the point :)

  " Tuhan Berikanlah Aku Cinta "

Yap, berikan aku cinta :) Cinta untuk apa ? Cinta untuk siapa ?
Hehe, selagi ada rasa cinta disekeliling aku, aku tetap nak rasa cinta tu :)

Cinta pada ALLAH,
Cinta pada KELUARGA,
Cinta pada SAHABAT ..
Cinta pada SIDIA ..

1) Cinta pada ALLAH
- aku memang nak rasa cinta ini terus subur dan mekar dalam diri aku .. aku taknak rasa ni hilang dan terus lenyap dari diri aku, nauzubillahminzalik :'( Ya Allah, iman aku makin lama makin lemah :( Aku sendiri rindu dengan diri aku yang dulu .. Aku yang dulu bersungguh sungguh mohon keampunan-Nya .. Tuhan, jangan biarkan aku hanyut .. Tetapkan iman aku Ya Allah .. Subhanallah, perasaan cinta kepada Allah sukar nak nyatakan dengan mulut .. Melalui hati je kita dapat rasa bahawa ALLAH tu memang AR RAHIM, MAHA PENYAYANG 

                   

2) Cinta pada KELUARGA
- yes! perasaan ni dah ditanam sejak aku lahir :) cinta pada keluarga terutama IBU AYAH yang dah bersusah payah dari kecil sampai aku dah besar gedabak ni ha :D Maceh ibu ayah :D Halalkan lah apa yang yayang dah lawan tu -_-? k, jahattnya aku! Haih aku taknak rasa cinta pada ibu ayah aku and pada keluarga aku ditukar ganti .. Tak ada galang ganti dan tiada siapa yang mampu dapat mengganti :) 

 


3) Cinta pada SAHABAT
- sahabat ! teman dikala suka dan duka, dikala jatuh dan bangun (tak semua) :D sahabat penting buat aku .. Aku sayang semua yang pernah menjadi sahabat aku .. Sahabat ketawa senang dicari berbanding sahabat menangis .. Ye aku mengaku tu :) Tapi Alhamdulillah, ALLAH dah kirimkan kan aku sahabat sahabat yang baik walaupun ada sorang dua yang bukan betulbetul nak bersahabat dengan aku :) Aku cinta kan sahabat sahabat aku diatas dasar siapa aku bersama mereka dan siapa mereka bersama aku :')
 


4) Cinta pada SIDIA
- Sidia :) Siapa sidia ? Yap dia yang menjadi future aku :) Selepas mereka yang diatas, sidia lah yang terakhir aku sayang dan berharap sidia yang terakhir buat aku dan selama lamanya buat aku :') Dan berharap juga sidia yang mampu membimbing aku sepertimana ibu ayah membimbing aku kejalan agama, sidia yang dapat menerima baik dan buruknya aku sepertimana keluarga aku dapat menerima aku :) 




~ Demikian lah cerita aku malam ni :) Sekadar meringankan jari untuk terus menari diatas papan kekunci yang patuh menerima arahan dari hati bahawa inilah yang aku ingin cerita :) ya, cerita :)

Ketahuilah, bukan cuma 1 cerita yang ingin dikongsi :) Terlalu banyak kisah cuma kadangkala, sesetengah kisah harus disimpan supaya ianya menjadi kisah yang sedikit istimewa berrbanding kisah lain yang pernah dikongsi :) Bukan sengaja untuk membeza bezakan kisah yang dialami, ianya sekadar untuk aku mengerti bahawa sesetengah kisah aku hanya bermakna buat aku dan tidak bermakna buat mereka  :)

Maka, aku berkongsi sekadar kisah selagi aku rasa ianya menarik untuk dikongsikan .. Segala kekurangan dalam penulisan aku bukanlah aku yang pinta, cuma ia kelemahan aku sebagai manusia biasa :)

TUHAN BERIKANLAH AKU CINTA, UNTUK TEMANI AKU DALAM SEPI
TUHAN BERIKANLAH AKU CINTA, AKU JUGA BERHAK BAHAGIA
BERIKAN AKU RESTU DAN HALALMU, 
TUHAN BERI AKU CINTA ♥ ♥ ♥ ♥ 

No comments:

Post a Comment