Wednesday, 26 September 2012

DOA BUATMU SAYANG, SYURGA TEMPATMU (MUHAMMAD NURFURQHAN BIN RUSMAD NORHADY )

Assalamualaikum =)
Ye, post kali ini adalah doa buat arwah anak saudaraku dan juga anak abang aku  MUHAMMAD NURFURQAN BIN RUSMAD NORHADY yang telah pergi ke rahmatullah pada 21 September 2012 setelah 3 hari dilahirkan .. Arwah adalah anak kandung abang aku yang pertama .. Bohong kalau aku cakap keluarga aku kat sini tak sedih dengan pemergian arwah .. Tak kesampaian hajat kami untuk menatap wajah si kecil sebab abang aku tinggal kat sarawak ..

Aku mendoakan agar abang aku dan isteri dia tabah menjalani dugaan ni .. Dan semoga mereka diberikan kekuatan menempuh hari yang mendatang, insyaAllah ..

Buat kak Lela dan abang Ady, semestinya mereka yang paling bersedih berbanding kami disini .. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul .. 9 bulan kakak ipar aku mengandungkan arwah, dia juga yang sakit melahirkan arwah .. Tapi kuasa Allah tak siapa boleh lawan .. Allah lebih sayangkan anak mereka .. Anak mereka pergi tanpa sebarang dosa .. Dipintu syurga dia menanti abang dan kakak .. Redha dengan pemergian arwah ..

Buat arwah MUHAMMAD NURFURQHAN ,
Semadilah dikau dengan aman, berehatlah dikau disyurga yang paling baik dan yang paling aman .. Kami disini mendoakan kesejahteraan mu disana .. Kami tahu kau pergi tanpa sebarang dosa untuk menghadap illahi .. Hanya setangkai doa juga Al-Fatihah akan terus kami kirimkan buatmu .. Kau juga adalah keluarga kami .. Izinkan kami merinduimu walau hanya sebentar kau berada dimuka bumi Allah ini .. Al-Fatihah :'(
Arwah Muhammad NurFurqhan Bin Rusmad Norhady ketika arwah ingin dikafankan .. Sebak didada hanya Tuhan yang  tahu tatkala menatap wajah kecilmu, wajah sucimu tanpa sempat kami disini memeluk menciummu .. Syurga lah tempat kau kini sayang .. Nantilah kami juga ibubapa mu dipintu syurga .. Amin Ya Rabbal Alamin .. Al-Fatihah :'(



5 comments:

  1. yayang..kalo blh thu nape ea dia meninggal? saket ke?

    ReplyDelete
  2. komplikasi kak shaa, masa dia lahir dia tak menangis and diberi bantuan pernafasan

    ReplyDelete
  3. ya Allah.. baru dapat tengok muka arwah anak adi.. al-fatihah utk arwah furqhan..

    ReplyDelete
  4. shaa : kan :(
    Iesah : Al-Fatihah

    ReplyDelete